Tuesday 11 June 2013

Cara Menggunakan Alat Vibrance Kegel

  1.  Pilih di antara 4 tahap rintangan untuk senaman anda, seterusnya masukkan sarung rintangan kepada badan peranti.




Cara untuk menentukan tahap rintangan adalah sesuai untuk anda :


Pengguna baru - Hanya peranti tanpa sebarang sarung rintangan, (A)
Selepas senaman 1 bulan , bulan ke-2 -  Tahap 1, (B)
Bulan ke - 3 dan 4 - Tahap 2, (C)
Bulan ke- 5 dan 6- Tahap 3, (D)

* Ini adalah hanya petunjuk umum. Kalau pengguna mengalami dapat membuat senaman penuh 5 minit dengan senang dan mudah, anda boleh memilih tahap rintangan yang seterusnya.*

Nombor tahap terletak di bawah sarung rintangan.



2.   Pastikan anda kencing sebelum memulakan senaman anda.


3.       Pastikan penutup asas peranti di bawah ketat untuk memastikan ia kalis air. Basuh peranti dengan sabun pencuci dan bersihkan dengan air. Lap kering .



4. Sapukan sedikit minyak pelincir ke atas peranti , seterusnya berbaring badan di atas permukaan yang rata, menghadap ke atas.
5.  Hidupkan panduan audio dengan menekan butang yang terletak di pangkal peranti.
* Anda juga boleh mengira secara manual tanpa panduan audio*


6. Memasukkan alat peranti ke dalam faraj, memastikan blok bujur melekat dengan selesa kepada faraj seperti yang ditunjukkan dalam gambar (A).



Menguncup otot lantai pelvik anda selama 5 saat dan kemudian berehat selama 5 saat. Ulangkan ini untuk 4 minit pertama senaman  diikuti dengan  penguncupan selama 2 saat dan kemudian merehat otot selama 2 saat untuk 48 saat terakhir senaman.

Jika anda mengunnakan panduan audio, menguncupkan otot lantai pelvik apabila bunyi bip diaktifkan dan melepaskan apabila ia senyap.
Penguncupan harus berasa seperti percubaan untuk menghentikan aliran air kencing anda. Peranti akan bergetar apabila pengunna menguncup dengan otot yang betul.

Berikut adalah litar senaman selama 4 minit 48, bahagian hitam adalah masa penguncupan dan bahagian putih adalah masa merehatkan otot :



7. Mengekalkan kadar yang tetap semasa senaman dan pastikan penguncupan anda mendapat getaran alat peranti.

Jika anda tidak dapat merasakan getaran sepenuh 5 saat atau 2 saat apabila menguncup, anda perlu terus melatih pada tahap rintangan tersebut.
Contohnya, jika anda menghadapi terlalu banyak kesusahan menggunakan sarung rintangan tahap 2,   menggantikannya dengan Tahap 1 dan latihkan untuk satu tempoh masa sebelum meningkatkan tahap kesukaran.


8. Selepas senaman anda, membersihkan peranti dan sarung rintangan dengan sabun pencuci dan air. Lap kering dan letak balik dalam kotak.



Kekerapan (2-3 kali sehari, kira-kira 5 minit setiap sesi) dan ketepatan (biofeedback getaran) senaman adalah sangat penting untuk memastikan otot lantai pelvik kuat dan rapat.

Mulakan senaman otot lantai pelvik anda sebelum terlambat, anda akan merasa perbezaan dalam hanya dua minggu. Merapatkan otot dalaman anda, menyembuhkan masalah terkencing, prolaps organ, dan mempunyai keintiman yang lebih baik dengan suami. Hasilnya memang berbaloi.


Untuk membeli Alat Vibrance Kegel, hubungi kami di 1700-81-4321 atau membeli secara online di http://www.mybioinfinity.com/products.php.